Tuesday, April 7, 2009

KANSER PROSTAT ANCAM KELAKIAN ANDA

Kanser prostat terbahagi kepada empat tahap yang tertentu seperti berikut:
1) Peringkat 1 (<5%)>5%) dan terletak di kelenjar prostat.
3) Peringkat 3 melibatkan karung prostat dan / atau vesikal seminal (yang menghasilkan komponen cecair air mani).
4) Peringkat 4 pula yang melibatkan bahagian sekeliling organ seperti pundit kencing atau dubur, kelenjar di pelvic atau bahagian lain.

Bagaimana mengenalpasti anda diserang kanser?
Terlebih dahulu anda perlu melihat kepada symptom-simptomnya.
1) Sebagai permulaan, anda akan merasai aliran air kencing yang tidak lancar. Anda mungkin akan kerap membuang air kecil, terutamanya pada waktu malam. Anda juga tidak akan merasa puas selepas setiap kali selesai membuang air kecil.
2) Selain itu, anda mungkin akan merasai kesan yang sakit dan pedih setiap kali hendak membuang air kecil.
3) Kadangkala, wujud juga sperma atau darah di dalam air kencing anda.
4) Ketika anda hendak melakukan ejaluksi juga, biasanya anda akan merasai sakit yang sangat kuat.
5) Tidak lupa juga, mungkin wujud darah di dalam air mani.
6) Anda juga mungkin akan mengalami sakit-sakit tulang, pinggul dan tulang belakang. Jika anda mempunyai tanda-tanda di atas dan diikuti pula oleh tanda yang keenam, besar kemungkinan kanser anda sudah melarat. Segeralah berjumpa doktor dan jangan tertangguh lagi.

Diagnosisnya pula bagaimana?
1) sebagai permulaan, doktor mungkin akan melakukan ujian PSA (Prostat-Specific Antigen) kepada anda. PSA ialah sejenis protein yang dihasilkan oleh isu prostat. Jika paras antigen ini tinggi di dalam darah,besar kemungkinan anda memang positif mendapat kanser prostat.
2) Doktor juga mungkin akan melakukan pemeriksaan rectum dengan menggunakan jari. Doktor akan menggunakan kaedah perhitungan secara PSA untuk membezakan bengkak prostat biasa dengan kanser protat.
3) Untuk ujian DRE (Digital Rectal Examination) pula, doktor akan memasukkan jari ke dalam dubur untuk merasai permukaan prostat. Bagi pesakit kanser prostat peringkat awal, lazimnya mereka mempunyai tahap DRE yang normal.
4) Doktor juga mungkin melakukan biopsi atau pengambilan sedikit tisu yang berkaitan. Ujian miroskop akan dilakukan sesudah itu.
5) Untuk ujian yang melibatkan alat gelombang bunyi dan pengambilan gambar pula, doktor akan melakukannya di bawah TRUS (Transrectal Ultrasound). Alat ini akan demasukkan ke dalam dubur dan secara automatik gambar bahagian tersebut akan direkodkan.
6) ‘CT Scan’ pula mungkin digunakan sebagai salah satu cara diagnosis. Menerusi teknik imbasan ini, ‘CT Scan’ akan membantuk gambar tiga dimensi di dalam tubuh menggunakan sinaran X.
Selain enam yang disebutkan di atas, ada beberapa lagi cara yang boleh doktor gunakan untuk mendiagnosis pesakit kanser prostat. Sama ada doktor akan menentukan cara atau anda sendiri boleh berbincang dengannya sebelum memilih cara yang lebih selesa.

Setiap penyakit ada penawarnya
Dalam memilih jenis dan cara rawatan, doktor akan melakukan dignosis terlebih dahulu. Setelah beliau mengenalpasti tahap kanser anda, barulah cara rawatan yang sesuai akan diaplikasikan. Perlu diingatkan, rawatan ini bergantung kepada saiz dan lokasi kanser yang sedang merebak.

Pembedahan
Dua jenis pembedahan yang tersedia ialah ‘Radical Prostectomy’ dan ‘Transurethral Resection of Prostate’ (TURP). ‘Radical Prostectomy’ melibatkan pembuangan kesemua prostat dan vesikel seminal. Biasanya peratus kejayaan pembedahan ini boleh mencecah sehingga 80 ke 90%. TURP pula sering digunakan untuk mengurangkan gejala penyumbatan yang berlaku pada saluran air kencing.

Terapi radiasi
Terapi ini melibatkan penggunaan sinaran X yang sangat tinggi. Sinaran ini berfungsi untuk memusnahkan sel kanser. Terapi ini sangat berguna untuk merawati hampir kesemua penyakit kanser dan digunakan juga sebagai ‘medium’ untuk mengurangkan rasa sakit yang teruk akibat perebakan kanser. Namun, terapi ini tidak boleh digunakan sesuka hati. Biasanya apabila kanser sudah mencapai tahap ketige dan keempat, barulah terapi radiasi akan digunakan. Antara kesan sampingan yang boleh berlaku menerusi terapi ini ialah pesakit akan letih, mati pucuk, kesakitan pada rektum, berlakunya gangguan usus dan banyak lagi.

Terapi hormone
Sebenarnya, pembesaran saiz prostat disebabkan oleh tindakan hormon seks lelaki misalnya androgen. Apabila paras hormon ini dikurangkan, secara tidak langsung pembesaran saiz kanser juga dapat dilewatkan. Dalam mengurangkan penghasilan testosteron, pembedahan boleh dilakukan iaitu dengan cara membuang kelenjar testosteron atau melibatkan penggunaan ubat tertentu.

Kemoterapi
Ubat kemoterapi boleh diambil sama ada secara makan mahupun suntikan. Biasanya kemoterapi hanya akan dipilih jika kanser prostat tersebut tidak mampu lagi bertindakbalas dengan hormon. Kemoterapi jarang digunakan dalam merawat kanser prostat. Tetapi jika tiada pilihan lain, barulah cara ini akan digunakan.

Selain penyakit sebenarnya boleh dielakkan jika anda memupuk sifat peka terhadap kesihatan diri. Biasanya untuk berjumpa doktor sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun dan lakukan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh.

No comments:

Post a Comment