Tuesday, April 7, 2009

KANSER PROSTAT ANCAM KELAKIAN ANDA

Kanser prostat terbahagi kepada empat tahap yang tertentu seperti berikut:
1) Peringkat 1 (<5%)>5%) dan terletak di kelenjar prostat.
3) Peringkat 3 melibatkan karung prostat dan / atau vesikal seminal (yang menghasilkan komponen cecair air mani).
4) Peringkat 4 pula yang melibatkan bahagian sekeliling organ seperti pundit kencing atau dubur, kelenjar di pelvic atau bahagian lain.

Bagaimana mengenalpasti anda diserang kanser?
Terlebih dahulu anda perlu melihat kepada symptom-simptomnya.
1) Sebagai permulaan, anda akan merasai aliran air kencing yang tidak lancar. Anda mungkin akan kerap membuang air kecil, terutamanya pada waktu malam. Anda juga tidak akan merasa puas selepas setiap kali selesai membuang air kecil.
2) Selain itu, anda mungkin akan merasai kesan yang sakit dan pedih setiap kali hendak membuang air kecil.
3) Kadangkala, wujud juga sperma atau darah di dalam air kencing anda.
4) Ketika anda hendak melakukan ejaluksi juga, biasanya anda akan merasai sakit yang sangat kuat.
5) Tidak lupa juga, mungkin wujud darah di dalam air mani.
6) Anda juga mungkin akan mengalami sakit-sakit tulang, pinggul dan tulang belakang. Jika anda mempunyai tanda-tanda di atas dan diikuti pula oleh tanda yang keenam, besar kemungkinan kanser anda sudah melarat. Segeralah berjumpa doktor dan jangan tertangguh lagi.

Diagnosisnya pula bagaimana?
1) sebagai permulaan, doktor mungkin akan melakukan ujian PSA (Prostat-Specific Antigen) kepada anda. PSA ialah sejenis protein yang dihasilkan oleh isu prostat. Jika paras antigen ini tinggi di dalam darah,besar kemungkinan anda memang positif mendapat kanser prostat.
2) Doktor juga mungkin akan melakukan pemeriksaan rectum dengan menggunakan jari. Doktor akan menggunakan kaedah perhitungan secara PSA untuk membezakan bengkak prostat biasa dengan kanser protat.
3) Untuk ujian DRE (Digital Rectal Examination) pula, doktor akan memasukkan jari ke dalam dubur untuk merasai permukaan prostat. Bagi pesakit kanser prostat peringkat awal, lazimnya mereka mempunyai tahap DRE yang normal.
4) Doktor juga mungkin melakukan biopsi atau pengambilan sedikit tisu yang berkaitan. Ujian miroskop akan dilakukan sesudah itu.
5) Untuk ujian yang melibatkan alat gelombang bunyi dan pengambilan gambar pula, doktor akan melakukannya di bawah TRUS (Transrectal Ultrasound). Alat ini akan demasukkan ke dalam dubur dan secara automatik gambar bahagian tersebut akan direkodkan.
6) ‘CT Scan’ pula mungkin digunakan sebagai salah satu cara diagnosis. Menerusi teknik imbasan ini, ‘CT Scan’ akan membantuk gambar tiga dimensi di dalam tubuh menggunakan sinaran X.
Selain enam yang disebutkan di atas, ada beberapa lagi cara yang boleh doktor gunakan untuk mendiagnosis pesakit kanser prostat. Sama ada doktor akan menentukan cara atau anda sendiri boleh berbincang dengannya sebelum memilih cara yang lebih selesa.

Setiap penyakit ada penawarnya
Dalam memilih jenis dan cara rawatan, doktor akan melakukan dignosis terlebih dahulu. Setelah beliau mengenalpasti tahap kanser anda, barulah cara rawatan yang sesuai akan diaplikasikan. Perlu diingatkan, rawatan ini bergantung kepada saiz dan lokasi kanser yang sedang merebak.

Pembedahan
Dua jenis pembedahan yang tersedia ialah ‘Radical Prostectomy’ dan ‘Transurethral Resection of Prostate’ (TURP). ‘Radical Prostectomy’ melibatkan pembuangan kesemua prostat dan vesikel seminal. Biasanya peratus kejayaan pembedahan ini boleh mencecah sehingga 80 ke 90%. TURP pula sering digunakan untuk mengurangkan gejala penyumbatan yang berlaku pada saluran air kencing.

Terapi radiasi
Terapi ini melibatkan penggunaan sinaran X yang sangat tinggi. Sinaran ini berfungsi untuk memusnahkan sel kanser. Terapi ini sangat berguna untuk merawati hampir kesemua penyakit kanser dan digunakan juga sebagai ‘medium’ untuk mengurangkan rasa sakit yang teruk akibat perebakan kanser. Namun, terapi ini tidak boleh digunakan sesuka hati. Biasanya apabila kanser sudah mencapai tahap ketige dan keempat, barulah terapi radiasi akan digunakan. Antara kesan sampingan yang boleh berlaku menerusi terapi ini ialah pesakit akan letih, mati pucuk, kesakitan pada rektum, berlakunya gangguan usus dan banyak lagi.

Terapi hormone
Sebenarnya, pembesaran saiz prostat disebabkan oleh tindakan hormon seks lelaki misalnya androgen. Apabila paras hormon ini dikurangkan, secara tidak langsung pembesaran saiz kanser juga dapat dilewatkan. Dalam mengurangkan penghasilan testosteron, pembedahan boleh dilakukan iaitu dengan cara membuang kelenjar testosteron atau melibatkan penggunaan ubat tertentu.

Kemoterapi
Ubat kemoterapi boleh diambil sama ada secara makan mahupun suntikan. Biasanya kemoterapi hanya akan dipilih jika kanser prostat tersebut tidak mampu lagi bertindakbalas dengan hormon. Kemoterapi jarang digunakan dalam merawat kanser prostat. Tetapi jika tiada pilihan lain, barulah cara ini akan digunakan.

Selain penyakit sebenarnya boleh dielakkan jika anda memupuk sifat peka terhadap kesihatan diri. Biasanya untuk berjumpa doktor sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun dan lakukan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh.

Sunday, April 5, 2009

PENYAKIT YANG PALING DITAKUTI..

Bersediakah anda?

Penyakit biasa yang paling ditakuti ramai wanita dan penyelesaian terbaik menanganinya.

KANSER PAYUDARA
Anda lebih berisiko jika ada di antara ahli keluarga yang menghadapinya. Namun gaya hidup tidak sihat seperti terlebih berat badan, pengambilan alcohol yang tinggi, kurang bersenam boleh juga meningkatkan risiko menghadapi kanser payudara yang menyerang seorang dalam sembilan wanita.

Tindakan Terbaik
Ambil makanan yang rendah lemak, kurang alcohol dan bergerak aktif. Pastikan juga setiap perubahan yang berlaku pada buah dada. Merasa dan mengetahui perubahan buah dada pada masa yang berbeza setiap bulan boleh membantu anda mengenal pasti benjolan yang baru, tompokan kulit merah dan perubahan bentuk dan saiz. Sekiranya anda tidak pasti, segera berjumpa doctor untuk pemeriksaan selanjutnya.



JANTUNG
Pada tahun 2004, penyakit jantung koronari meragut nyawa 47,287 wanita berbanding 12,338 akibat kanser payudara. Jagalah kesihatan jantung dengan lebih baik.



Tindakan Terbaik
Berhenti merokok, anda boleh mengurangkan risiko serangan jantung tiga kali ganda hanya dalam masa dua tahun. Selain itu, lakukan pemeriksaan kolesterol dan tekanan darah.


DEMENTIA (NYAYUK)
Penyakit Alzheimer menyerang 1 dalam 14 orang wanita berusia 65 tahun ke atas dan 1 dalam 8 orang wanita berusia lebih 80 tahun. Namun, kajian menunjukkan jika seseorang wanita itu perokok aktif atau mempunyai tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, risiko menghadapi dementia adalah lebih tinggi.

Tindakan Terbaik
Lakukan senaman otak dengan lebih kerap, membaca, membuat teka silang kate dan berbincang dengan kawan-kawan adalah terapi minda yang terbaik untuk mengaktifkan otak


OSTEOPOROSIS
Risiko anda mendapat osteoporosis lebih tinggi jika anda menopous lebih awal atau menjalani histerektomi (membuang rahim), mempunyai sejarah keluarga, merokok, kurang berat badan atau menderita masalah makan (eating disorder)

Tindakan Terbaik
Lakukan senaman yang boleh menguatkan tulang seperti berlari, aerobic atau menari. Pengambilan susu dua gelas sehari juga membantu memenuhi keperluan kalsium tubuh



KETIDAKSUBURAN
Sekurang-kurangnya 15% pasangan mengambil masa lebih daripada setahun untuk hamil. Sekiranya anda sudah mencuba lebih daripada dua tahun, berjumpalah doctor untuk mendapat bantuan.



Tindakan Terbaik
Berhenti merokok, elakkan alcohol, kekalkan garis pinggan yang ideal dan dapatkan pemeriksaan doctor terhadap sebarang penyakit kelamin seperti ‘chlamydia’. Factor ini semua mempengaruhi tahap kesuburan anda dan keupayaan untuk hamil.

DIET MENGIKUT GOLONGAN DARAH

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma,infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individudarah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A

¨ Memiliki sistem pencernaan yang sensitive
¨ Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
¨ Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
¨ Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
¨ Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek : Jus anggur / kopi
Makan Tengahari : Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek : Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayamorganik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.Ciri khas golongan darah B:

¨ Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging
¨ Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan
¨ Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi
¨ Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Menu diet yang dianjurkan

Sarapan : Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek : Jus anggur
Makan Tengahari : Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek : Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makangolongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk. Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daginglembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB:

¨ Memiliki sistem pencernaan yang sensitive
¨ Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
¨ Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan


Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek : Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyakmengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.


Ciri khas golongan darah O

¨ Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
¨ Mudah mengadaptasi berbagai makanan
¨ Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobic
¨ Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
¨ Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisangSnek : Teh herba
Makan Tengahari : Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

MASALAH SENGGUGUT

Daun betik dikatakan boleh menghilangkan sengugut. Ambillah segengam ditumbuk dan airnya hendaklah diminum pada setiap pagi selama tiga hari pada setiap bulan.

SUMBER MAKANAN TERBAIK KETIKA BERDIET

Anda disarankan agar tidak keterlaluan ketika berdiet. Nikmati sahaja makanan-makanan kegemaran anda, tetapi cuba batasi kuantiti makanan serta jumlah kalori anda setiap hari. Jangan lupa untuk lakukan senaman agar anda lebih cergas. Berikut adalah beberapa makanan yang sebaik-baiknya anda amalkan ketika anda berdiet:

Kacang buncis dan kacang panjang

Kedua-dua jenis sayur ini kaya dengan serat dan mengandungi beberapa keperluan nutrien yang diperlukan oleh tubuh seperti potasium. Potasium boleh membantu mengatasi masalah kelebihan cairan, protein dan kalsium.

Bijirin oat
Kanadungan antioksida dan serat di dalam oat baik untuk membakar lemak dan membuatkan anda sentiasa bertenaga sepanjang hari.

Limau dan anggur
Buah seperti limau dan anggur membantu menbentuk serat kolagen. Ia juga mangandungi methoxylated bioflavonoids yang amat berguna pada tubuh untuk melancarkan perjalanan darah serta memperkuatkan pembuluh rambut.

Brokoli
Sayuran yang serupa dengan kubis bunga ini mengandungi alpha lipoicacid yang berguna untuk mencegah kolagen, selenium yang memaksimumkan vitamin C, E dan beta karoten, serta mengandungi kalsium.

Nanas
Buah ini banyak membantu untuk mamperbaiki serat kolagen yang rosak. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C.

Asparagus
Asparagus mungkin juga antara kurang digemari. Namun, bagi yang mementingkan diet dan kesihatan, pastinya asparagus menjadi pilihan. Ia amat baik untuk memperkuatkan pembuluh vena dan pembuluh rambut. Di samping itu, asparagus baik untuk membantu mangawal takanan darah. Kandungan glutathione, iaitu enzim yang besifat detoksifikasi membantu proses detoksifikasi dan melawan radikal bebas.

Pisang
Kandungan postasium dan vitamin V6 di dalam pisang bermanfaat untuk mengatasi masalah kelebihan cairan di dalam tubuh.


Bawang merah dan bawang putih
Bawang mengandungi sulfur yang membantu mengatasi kesan daripada pendedahan radikal bebas, vitamin E dan vitamin C

Avokado
Buah ini mangandungi kalori yang tinggi, tetapi ia turut mengandungi asid lemak esensial yang amat baik untuk kulit. Kandungan vitamin E dan beta sisosteral, serta serat didalamnyajuga membantu mengatasi masalah kolestrol.

KHASIAT JAGUNG MUDA


Tahukah anda bahawa jagung muda mamiliki khasiat yang sangat baik untuk kesihatan? Jagung sememangnya enak dimakan secara rebus atau bakar. Selain isinya, tongkol dan rambut jagung muda turut memiliki khasiat dari sudut perubatan. Air rebusan tongkol dan jagung muda dipercayai dapat melarutkan batu karang, merawat penyakit batu hempedu serta mencegah tekanan darah tinggi.

DAGING MERAH TINGKATKAN POTENSI DIABETIS


Daging merah dan semua olahannya seperti sosej dikatakan berperanan besar dalam peningkatan risiko diabetis atau kencing manis. Jika setiap hari seseorang itu memakan daging merah dan olahannya, ia memiliki risiko 26 peratus untuk terkena diabetes. Jika sehari lebih dari sekali seseorang itu memakannya, potensi untuk terkena diabetes menjadi 40 peratus. Ketika daging merah demasak pada suhu yang tingi, ia membentuk sejenis bahan yang meningkatkan perkembangan diabetes. Diabetes Jenis 2 berkait rapat dengan kegemukan atau obesity.