Saturday, April 4, 2009

10 CARA BEBASKAN DIRI DARIPADA TEKANAN

TEKANAN tidak akan pernah hilang malahan akan bertambah setiap hari. Kerja yang banyak dan ditambah pula dengan masalah peribadi menjadikan tekanan sukar untuk dihapuskan. Beberapa tips ini dapat membantu anda menangani tekanan.

1. Atasi tekanan yang yang menyelubungi diri anda dengan ketawa. Tahukah anda bahawa ketawa mampu membaiki aliran darah dalam hati walaupun hanya 15 minit dilakukan. Dengan berjalan juga boleh membantu anda mengatasi tekanan tapi tidak perlulah berjalan terlalu jauh. Dan sebelum tidur, untuk kurangkan tekanan anda boleh mengamalkan pengambilan susu yang dicampurkan dengan serbuk kayu manis dan madu. Dengan ini, tidur anda pasti akan lebih lena tanpa sebarang gangguan.

2. Menderma darah juga mampu menjadikan tubuh anda lebih sihat. Ia akan merangsang badan anda untuk menghasilkan lebih banyak sel darah baru sekaligus meningkatkan taraf kesihatan anda. Setiap hari sel darah mati akan digantikan dengan sel darah baru. Selepas menderma darah, anda akan dibekalkan dengan pil zat besi dan asid folik untuk mengelakkan anda dari risiko sakit jantung.

3. Kehidupan yang ceria juga dapat mengatasi tekanan. Luangkanlah masa anda dengan keluarga dan teman-teman serta lakukan aktiviti yang digemari bersama. Kegembiraan yang dirasai mampu membuat anda lupa akan tekanan yang anda hadapi. Dengan ini, anda akan merasa lebih lega dan merasa lebih selesa dengan lebih cepat.

4. Posisi tdur juga memainkan peranan untuk membantu anda memiliki kehidupan harian yang lebih sihat. Anda digalakkan tidur dengan memeluk bantal dan baring secara mengiring. Bantal yang empuk adalah pilihan yang tepat kerana anda tidak perlu menahan beban ketika tidur. Selain itu, posisi tidur secara mengiring juga memudahkan pernafasan dan oksigen yang disedut juga mencukupi. Hasilnya anda akan bangun tidur dengan lebih segar.

5. Kesihatan kaki juga harus dititikberatkan. Ketika anda baring atau tidur, anda hendaklah meluruskan kaki bagi melancarkan pengaliran darah di bahagian kaki anda. Jika berkelapangan, anda boleh lakukan sedikit urutan bagi melonggarkan otot-otot kaki. Selain itu, anda boleh menjaga kaki dengan berjalan dan mengurangkan penggunaan kasut tumit tinggi.

6. Dengan merendamkan kaki ke dalam air panas juga membawa banyak faedah kepada kesihatan anda. Ia juga boleh melaegakan sakit kepala, melegakan sakit di bahagian tapak kaki, menghentikan pendarahan hidung dan merendahkan suhu badan sekiranya anda demam. Rendam kaki juga boleh merehatkan keseluruhan badan dari kepenatan.

7. Senyum merupakan tips yang paling mudah untuk dipraktikkan untuk menghilangkan tekanan. Dengan tersenyum, anda akan terlupa akan rasa penat, sedih dan bosan. Ia akan membawa ketenangan dan system imun ketika bekerja bertambah baik. Tekanan darah anda juga akan berkurang dan system saraf akan menjadi lebih baik sekiranya senyuman sentiasa dilemparkan.

8. Dengan fokus dan komitmen dalam kerja memanglah bagus tapi janganlah terlalu serius. Ada masa anda perlu bersantai dan menjalani hidup dengan lebih mudah. Jangan penuhi kehidupan harian anda dengan perkara-perkara yang berat sebaliknya selang-selikan dengan perkara yang mudah dan ringkas.

9. Memegang dan memeluk erat orang yang disayangi juga boleh mengurangkan rasa tekanan. Proses ini menggalakkan pembebasan hormon yang bertanggungjawab mengurangkan tekanan. Dengan ini, tahap kesihatan dan fungsi imnisasi anda juga boleh dipertingkatkan.

10. Sesibuk mana pun, jangan sesekali anda terlupa untuk makan. Ia akan memberi kesan yang begitu besar iaitu ia boleh menyebabkan kehilangan tenaga, pertumbuhan, kecerdasan otak dan kekebalan tubuh. Sekiranya tidak cukup tumpuan anda juga mudah terganggu, mengantuk dan akan menurunkan produktiviti kerja anda.

No comments:

Post a Comment